Dr Mahathir tadbir Malaysia dengan baik, kata KM Sabah


Jason Santos

MENJELANG 100 hari pertama pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berkata beliau yakin bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengemudi negara dengan baik.

“Saya sangat gembira banyak perkara yang telah berubah, yang saya rasa ke arah lebih baik.

“Saya pasti di bawah kepimpinan Dr Mahathir, dengan pengalamannya yang cukup luas, negara ditadbir dengan baik, dan kita akan bergerak ke hadapan.  

“Semua orang sedia maklum, bukan sahaja rakyat Malaysia, saya rasa semua orang tahu siapa Dr Mahathir,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semporna itu berkata Dr Mahathir menggalas tugas yang berat bagi memastikan negara bukan sahaja memperoleh kemajuan yang baik, tetapi diuruskan dengan baik dan justeru, rakyat Malaysia harus memberikan sokongan penuh kepadanya.– 16 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen