Hakim dalam kes Indira Gandhi hanya jalankan tugas


Bede Hong

Hakim Zainun Ali dikecam dan dikritik kerana membuat keputusan membatalkan pertukaran agama anak-anak Indira Ghandi kepada Islam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2018.

HAKIM Mahkamah Persekutuan Zainun Ali dikecam dan dikritik kerana membuat keputusan membatalkan pertukaran agama anak-anak Indira Ghandi kepada Islam, kata peguam terkemuka Gopal Sri Ram.

Sri Ram, bekas hakim mahkamah persekutuan berkata Zainun hanya menjalankan tugasnya ketika merangka penghakiman kes untuk panel lima hakim yang memutuskan pada Januari bahawa kebenaran kedua-dua ibu bapa diperlukan bagi menukar agama anak bawah umur.

“Apa yang beliau lakukan hanya mengambil prinsip dalam perlembagaan. Beliau tidak buat undang-undang baharu,” kata Sri Ram di Persidangan Undang-undang Antarabangsa Malaysia hari ini.

“Beliau ambil apa yang sudah ada. Semua orang ingat beliau buat undang-undang, tetapi beliau sebenarnya hanya menterjemahkan perlembagaan itu,” katanya.

Penghakiman 100 halaman itu memutuskan mahkamah sivil mempunyai eksklusif dan bidang kuasa untuk menyemak tindakan pihak berkuasa awam.

Ia juga memutuskan bahawa Artikel 121(1A) tidak menyingkirkan bidang kuasa mahkamah sivil untuk menterjemahkan perkara perlembagaan walaupun perkara itu berkaitan dengan undang-undang Islam.

Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa berkaitan perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Pada persidangan hari ini, Sri Ram berkata Mahkamah Persekutuan “hanya menterjemah” perlembagaan itu.

“Tidak ada pertikaian tentang dinamisme kehakiman atau aktivisme kehakiman atau apa juga anda gelar ia. Akhirnya, hakim terjemah. Jika itu satu dosa, maka ia dosa yang terpaksa kita tanggung,” katanya pada sesi perbincangan tentang kehakiman berkaitan penjaga prinsipal. – 16 Ogos, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen