Prosiding undang-undang jual Equanimity berjalan seperti dirancang


Bede Hong

Equanimity kini berlabuh di Pelabuhan Klang.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Ogos, 2018.

PROSIDING undang-undang untuk menjual kapal pesiar mewah Equanimity akan diteruskan seperti yang dirancang, kata seorang peguam perkapalan yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara.

Bagaimanapun, Sitpah Selvaratnam enggan mendedahkan tarikh pendengaran kes itu yang akan berlangsung di Mahkamah Admiralti.

“Semuanya berjalan seperti yang dirancang,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Undang-undang Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Sitpah berkata pengumuman lanjut akan dibuat oleh Peguam Negara Tommy Thomas.

Beliau dalam pada itu enggan menggulas mengenai pelantikannya menyertai barisan peguam kerajaan.

Ada pihak mendakwa wujud percanggahan kepentingan dalam pelantikan tersebut memandangkan Sitpah pernah bekerja di syarikat perundangan lama milik Thomas.

Thomas yang sebelum ini mempertahankan pelantikan Sitpah, berkata beliau adalah orang yang paling layak kerana pernah menjadi pengarah pengerusi jawatankuasa undang-undang perkapalan dan admiralti Majlis Peguam dan pengasas presiden Undang-Undang Maritim Malaysia Antarabangsa.– 16 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen