TIGA puluh tahun selepas krisis kehakiman 1988 berlaku ketika pentadbiran pertama Dr Mahathir Mohamad, mahkamah di Malaysia masih berdepan dengan isu yang mengekang kebebasan dan tidak berpihak, menurut pakar.
“Isu kehakiman masih menyelubungi negara,” kata pakar perlembagaan terkenal Shad Saleem Faruqi pada Persidangan Perundangan Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
“Saya telah diminta untuk menilai di mana kita berada hari ini ...Biar saya katakan tanpa ragu-ragu, ‘musim dingin’ masih belum berakhir.”
Shad berkata masalah yang dihadapi kehakiman adalah luas dan bukan sahaja terhad kepada perlindungan perlembagaan.
“Antara faktor lain, dalam kehakiman, di luar kehakiman, dalam undang-undang dan dalam politik, ekonomi, agama dan psikologi, memberi kesan kepada hakim.”
Shad yang merupakan pemegang kursi Tunku Abdul Rahman di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata, kehakiman mewarisi masalaj termasuk ekseutif dan legislatif berdepan tekanan terhadap keputusan yang dibuat.
Ini termasuk kuasa kerajaan sejak 2006 untuk melantik pesuruhjaya kehakiman kepada Mahkamah Tinggi dan hakim tambahan ke Mahkamah Persekutuan. – 15 Ogos, 2018
Berita penuh di sini.
Komen