Bersih ulangi gesaan Dataran Merdeka diisytihar sebagai ruang awam


Bede Hong

Dataran Merdeka sebelum ini pernah dimohon untuk digunakan sebagai lokasi perhimounan bantahan dan demonstrasi namun tidak mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan.– Gambar Youtube, 15 Ogos, 2018

BERSIH 2.0 mengulangi gesaan kepada Putrajaya bagi mengisytihar Dataran Merdeka sebagai ruang awam yang bleh digunakan sebagai lokasi untuk bantahan dan demonstrasi.

Bersih sebelum ini pernah memohon sebanyak lima kali kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan lokasi ikon itu yang terletak di tengah-tengah pusat bandar, di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah digunakan sebagai mahkamah.

Pemangku pengerusinya Shahrul Aman Mohamad Saari berkata, surat sudah dihantar kepada Dr Mahathir untuk membincangkan permohonan mereka, namun masih belum mendapat maklum balas.

“Saya rasa surat itu masih ada di mejanya,” kata Shahrul kepada peserta Persidangan Perundangan Antarabangsa di Kuala Lumpur hari ini. 

Shahrul bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan pertemuan secepat mungkin, dan berkata perdana menteri mungkin ada banyak perkara yang lebih penting untuk diselesaikan. 

“Saya rasa keutamaan bukan untuk kita buat masa ini. Tetapi kita akan terus tekankan perkara ini, menuntut ruang,” katanya.  

Shahrul berkata Bersih “dibenci” kerajaan sebelum ini, merujuk kepada artikel oleh media kerajaan berhubung dana yang diperoleh daripada George Soros. – 15 Ogos, 2018

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen