MALAYSIA masih menuju ke arah Islamisasi sistem politik dan undang-undang disebabkan birokrasi dipenuhi dengan kumpulan pelampau Islam dan percanggahan undang-undang yang menghakis hak individu, kata pakar pada satu persidangan undang-undang hari ini.
Pakar berkenaan sekali lagi menegaskan yang negara tidak menentukan bagaimana warganya mengamalkan atau memilih kepercayaan mereka.
“Adakah kita negara sekular dengan Islam (agama rasmi) atau adakah kita sedang jadi negara Islam? Malangnya kita sedang menuju ke arah itu (negara Islam),” kata peguam Lim Heng Seng, pakar dalam kes perundangan agama pada Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia di Kuala Lumpur hari ini. – 15 Ogos, 2018.
Komen