Projek kerjasama China-Malaysia berdepan risiko keselamatan siber, kata agensi


Low Han Shaun

Beberapa projek mega negara termasuklah ECRL (gambar) kini terdedah kepada risiko keselamatan siber. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Ogos, 2018.

SYARIKAT Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Inisiatif Belt and Road (OBOR) China kini berdepan risiko besar ancaman siber, kata sebuah agensi keselamatan siber AS.

Naib Presiden dan Ketua Operasi Risikan Global FireEye Sandra Joyce berkata ancaman siber dari kumpulan berpangkalan di China itu yang mahukan maklumat serta data sulit perniagaan bagi projek dan perjanjian untuk memberi kelebihan kepada pihak mereka.

“Ketika pelaburan China semakin dipersoal di Malaysia, kami menilai yang ia akan jadi pendorong kepada kumpulan seperti TEMP.Periscope untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang masa depan inisiatif tersebut yang merupakan kepentingan nasional,” kata Joyce pada sidang media FireEye di Kuala Lumpur hari ini.

OBOR adalah kerjasama strategik menyeluruh dicetuskan China bagi mengukuhkan pengaruh mereka di negara terlibat menerusi kerjasama perniagaan dan ketenteraan.

Beberapa projek utama di Malaysia dikaitkan dengan inisiatif tersebut termasuklah Taman Industri Malaysia-China (KIP) di Kuantan, Pahang, Universiti Xiamen Malaysia, Malacca Gateway dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan melawat China untuk lawatan kerja lima hari bermula Jumaat ini untuk membincangkan pembatalan ECRL, projek paip petroleum di Pantai Barat Semenanjung dan Sabah. – 15 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen