Penjawat awam diketepikan, 'diseksa' BN akan dibela, kata Dr Mahathir


Kamles Kumar

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berjanji membela nasib penjawat awam yang teraniaya semasa pentadbiran kerajaan dahulu pada perjumpaan bersama 3,400 pegawai tadbir dan diplomatik di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Ogos, 2018.

NASIB penjawat awam yang diketepikan pentadbiran terdahulu akan dibela, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada mereka hari ini.

Beliau berkata kerajaan baru mungkin tidak dapat membantu mereka itu dari segi kewangan kerana negara sedang menanggung beban hutang yang banyak, tetapi boleh menawarkan bantuan dengan memulangkan semula jawatan asal mereka.

“Kerajaan akan mengembalikan jawatan atau membayar ganti rugi jika mereka didera.

“Kami akan membela mereka yang menjadi korban,” kata Dr Mahathir di sesi perjumpaan bersama 3,400 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) di Putrajaya hari ini.

“Bagi wang itu, anda perlu menunggu dahulu kerana kerajaan kekurangan wang kerana kami mempunyai hutang untuk dibayar,” katanya.

Pemimpin berusia 93 tahun itu berkata mereka yang dianiaya perlu mempunyai bukti dan laporan sewajarnya bagi kes mereka.

Dr Mahathir juga berkata beliau juga “diseksa” oleh pentadbiran terdahulu apabila elaunnya dipotong dan rakan menjauhkan diri daripadanya.

“Saya juga diseksa. Elaun saya hilang, kawan saya juga takut. Rakan saya perlu membayar banyak cukai. Itulah sebahagian penderitaan yang saya alami,” katanya. – 15 Ogos, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen