Putrajaya keluar surat sokongan rahsia untuk 1MDB, dakwa Tony Pua


Diyana Ibrahim

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata melalui saman DoJ diketahui satu lagi surat sokongan diberi kepada 1MDB pada September 2014. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai, 2017.

PERDANA Menteri Najib Razak diminta untuk menjelaskan status surat sokongan kepada syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak pernah direkodkan sepertimana dinyatakan dalam  saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), kata ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, pendedahan yang dibuat DoJ mengenai satu lagi surat sokongan pada 2014 bagi membolehkan 1MDB meminjam dana AS$975 juta (RM4.2 bilion) daripada Bank Deutche membangkitkan persoalan adakah ia dikeluarkan secara rahsia tanpa kelulusan kabinet.

“Melalui saman Doj  kita dapat tahu ada satu lagi surat sokongan diberi kepada 1MDB pada September 2014 dan ini merupakan surat sokongan rahsia.

“Saya masukkan soalan tersebut dalam sesi Parlimen kali ini sama ada menteri kewangan mengeluarkan satu surat sokongan untuk bantu dapat pinjaman tapi soalan ditolak atas alasan ia menimbulkan sangkaan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. – 27 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen