Kami tidak akan pilih lagi jika Pakatan tak bagus, kata pengundi


Chan Kok Leong

Pakatan Harapan menang PRU14 pada Mei lalu, satu pencapaian bersejarah dalam negara selepas ia diperintah Barisan Nasional sejak negara merdeka. – Gambar EPA, 15 Ogos, 2018.

WALAUPUN masih banyak yang kurang jelas tentang sesetengah isu dan banyak lagi janji belum tertunai dalam tempoh 100 hari pertama memegang kuasa, kebanyakan pengundi Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 masih memaafkan gabungan itu walaupun ada sesetengah keputusan dibuat memberi kesan teruk.

Tetapi mereka juga tidak teragak-agak untuk tidak lagi mengundi PH pada PRU akan datang jika kerajaan baharu itu tidak menepati jangkaan mereka.

Muhammad Zafir Hamdan, contohnya sudah menjadi jurutera awam di projek Landasan Kereta api Pantai Timur (ECRL) jika kerajaan baharu tidak memutuskan untuk menyemak semula projek RM55 bilion itu.

Sebaliknya, graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berusia 24 tahun itu kini menjadi pemandu Grab.

“Ada rezeki lain,” katanya yang tinggal di Batu Berendam, Melaka.

Alasannya ialah kontraktor mahu menjimatkan kos selepas Putrajaya menangguhkan projek itu pada Julai.

China Communications Construction Sdn Bhd (CCC-ECRL) memberhentikan pekerjanya daripada bahagian tidak kritikal pada bulan sama dan menawarkan potongan gaji dan cuti tanpa gaji kepada pekerja lain.

Zafir berkata walaupun hilang peluang untuk bekerja dalam projek itu, beliau tidak menyesal mengundi untuk perubahan di peringkat persekutuan dan negeri.

Kampung halamannya, Melaka ialah antara negeri yang menolak Barisan Nasional (BN), buat pertama kalinya.

“Saya tahu masih terlalu awal dan keadaan belum teruk. Kita betul-betul perlukan perubahan,” katanya merujuk kepada rasuah yang membelenggu kerajaan terdahulu.

Ditanya bagaimana tahap kerajaan PH dalam 100 hari pertamanya, Zafir berkata rejim baharu “memuaskan” walaupun timbul beberapa isu dalam kalangan menterinya.

Sebagai contoh ialah cara isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikendalikan. Kerajaan selepas berjanji untuk membenarkan peminjam dengan pendapatan kurang RM4,000 sebulan menangguhkan bayaran bulanan mereka, gagal melaksanakannya.

“Saya lihat penyata penangguhan bayaran PTPTN. Saya tidak kisah untuk bayar semula tetapi lebih baik jika mereka fokus menjadikan pendidikan di peringkat tinggi itu percuma di universiti awam.” – 15 Ogos, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen