PEJABAT Peguam Negara (AGC) masih belum menerima kertas siasatan (IP) berkaitan skandal 1Malaysian Development Bhd (1MDB).
Peguam Negara Tommy Thomas berkata pihak pendakwa hanya menerima IP mengenai anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Bekas perdana menteri Najib Razak didakwa dengan tujuh pertuduhan, kesemuanya dikaitkan dengan SRC.
“Tiada satu pun kertas siasatan 1MDB yang sampai. Sebaik saja terima, saya akan keluarkan kenyataan supaya satu dunia tahu,” kata Thomas pada sesi khas di Persidangan Undang-undang Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Peguam negara berkata beliau sendiri akan terlibat dengan jika ada mana-mana kes 1MDB dibawa ke mahkamah. – 14 Ogos, 2018.
Komen