JABATAN Siasatan Jenayah (JSJ) mempunyai kes rasuah tertinggi, dedah Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.
Bercakap kepada pemberita pagi tadi, Fuzi juga berkata setiap jabatan dalam pasukan polis terlibat dengan rasuah.
“Hampir setiap jabatan ada kes rasuah, paling tinggi ialah Jabatan Siasatan Jenayah dan paling rendah ialah Jabatan SB (Cawangan Khas),” dedah Fuzi.
Unit JSJ terkenal dengan membanteras sindiket perjudian, kongsi gelap dan maksiat.
Terdahulu, ketika berucap pada mesyuarat bulanan polis di Bukit Aman, Fuzi menggesa para pegawainya serius membanteras gejala rasuah.
Tambah beliau, seramai 179 pegawaiditahan kerana terlibat dengan rasuah pada 2016 dan pada tahun ini seramai 926 pegawai dikenakan tindakan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
“Saya kecewa dengan pegawai saya yang terlibat dengan rasuah. Walaupun mereka ada sedikit penurunan tahun lepas, kita masih cuba memperbaiki statistik tersebut.
“Saya tiada tolak ansur dengan rasuah, lebih-lebih lagi di kalangan pegawai saya. Ia memberi imej buruk dan kebanyakan yang terlibat adalah barisan hadapan, seperti pegawai trafik dan pegawai penyiasat di pelbagai jabatan jenayah.
“Tiada toleransi (untuk rasuah) pada masa depan. Kita akan ambil tindakan tegas, seperti yang kita lakukan, bukan hanya terhadap pegawia berpangkat rendah tetapi juga terhadap ketua polis negeri dan daerah,” kata Fuzi. – 14 Ogos, 2018.
Komen