Dasar Putrajaya terhadap perniagaan perlu jelas, konsisten, kata kajian


Low Han Shaun

Ketua Ipsos Malaysia dan Singapura, Kiranjit Singh (kiri) berkata ahli-ahli perniagaan bimbang terhadap ketidakpastian dalam dasar kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2018.

APA yang dituntut oleh perniagaan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah kestabilan nilai ringgit dan dasar yang konsisten , menurut hasil kajian sebuah institut penyelidikan global.

Pengurangan birokrasi dan bebanan kawal selia adalah antara yang jadi keutamaan perniagaan, menurut hasil kaji selidik “What Worries Malaysia” yang dijalankan oleh Ipsos Business Consulting, kata Ketua Ipsos Malaysia dan Singapura, Kiranjit Singh.

“Parameter utama kajian kami ialah mengapa perniagaan mahu melabur di Malaysia.

“Jadi, mereka bimbang terhadap ketidakpastian dalam dasar kerajaan. Masalahnya, maklumat banyak, tetapi ada ketika mereka kata mendapat maklumat yang saling bercanggah.

“Untuk perniagaan beroperasi, kejelasan itu penting. Tidak kiralah apakah jenis dasar itu, sekurang-kurangnya mereka tahu apakah peraturannya,” kata Singh ketika membentangkan hasil kajian di ibu pejabat Ipsos di Midvalley hari ini.

Kajian tersebut dijalankan menerusi temuramah peribadi dengan lebih 150 syarikat pada Jun dan Julai. Ia memberi tumpuan kepada perusahaan besar, kecil dan sederhana tempatan serta syarikat multinasional (MNC).

“Kajian melibatkan hampir 100% jenis perniaagn yang beroperasi di Malaysia,” kata Singh.

Jelas beliau, walaupun perniagaan secara umumnya optimis terhadap pelaburan jangka panjang di Malaysia, mereka berharap kerajaan akan berkomunikasi dengan lebih efektif dengan mereka. – 14 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen