PEJABAT Peguam Negara akan mengutamakan pindaan Akta Profesion Undang-undang 1976 (LPA) untuk menghapuskan semua bentuk gangguan kerajaan dalam profesion undang-undang, termasuk proses pemilihan Majlis Peguam dan kumpulan peguam lain, kata Peguam Negara Tommy Thomas.
Thomas berkata pejabatnya sedang menunggu draf pindaan daripada Majlis Peguam Malaysia.
“
“Tuan Presiden, saya masih menunggu satu draf rang undang-undang baru dan anda mempunyai kebebasan merangkanya,” kata beliau yang menujukan kenyataannya kepada Presiden Majlis Peguam Malaysia George Varughese.
Turut hadir pada persidangan tersebut ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, hakim kanan dan penggubal undang-undang. – 14 Ogos, 2018.
Komen