Kerajaan mansuh PLKN dan BTN, kata Syed Saddiq


Kamles Kumar

PUTRAJAYA memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan menutup Biro Tatanegara (BTN) yang kontroversi, kata Syed Saddiq Abdul Rahman.

Menteri belia dan sukan berkata kerajaan akan memperkenalkan program “belia masa depan” untuk membentuk golongan muda Malaysia.

“Program baru ini akan diuruskan oleh kementerian yang akan menyusun semula fungsi, skop, peruntukan kewangan dan aset PLKN dan BTN,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu menambah program baru berkenaan akan menggabungkan aktiviti dalaman dan luar untuk memupuk potensi belia mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Antara elemen dalam program ini termasuklah pembinaan pasukan, karakter, integrasi nasional dan sosialisasi politik.

Syed Saddiq menambah program baharu itu akan bebas daripada doktrin perkauman dan politik yang sebelum ini dilemparkan kepada BTN.

“Ia akan mencerminkan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan untuk memastikan program itu lebih inklusif, telus dan bebas daripada doktrin politik dan kaum,” katanya. – 13 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen