Wakil rakyat akui Parlimen lebih terbuka di bawah Pakatan


Chan Kok Leong

PERSIDANGAN Parlimen pertama selepas pilihan raya 9 Mei lebih terbuka dan telus, kata ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak.

Soalan kontroversi tidak lagi ditolak sejak Pakatan Harapan mengambil alih, kata wakil rakyat tiga penggal Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).

“Semasa Barisan Nasional dalam kerajaan, semua soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditolak atau tidak dijawab.

“Oleh yang demikian, semua soalan sensitif yang penting untuk pengundi tidak dijawab,” katanya.

Pada sidang sebelum ini, bekas speaker Pandikar Amin Mulia berkali-kali menolak soalan berkaitan 1MDB.

Dalam usaha menutup kelemahan 1MDB, bekas timbalan menteri turut melabel laporan media asing mengenai skandal itu sebagai “berita palsu”.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat baharu Mohamad Ariff Md Yusof membatalkan larangan ke atas perbincangan 1MDB minggu lalu.

Wakil rakyat, bagaimanapun, tidak boleh membincangkan kes yang sedang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak.– 12 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen