Jurugambar potret gembira karyanya cetuskan perbincangan isu LGBT


Looi Sue-Chern

Mooreyameen Mohamad, pemilik dua gambar potret aktivis LGBT yang dikeluarkan dari pameran di George Town Festival, berkata beliau gembira karyanya itu mencetuskan perdebatan berhubung hak golongan terbabit.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2018.

MOOREYAMEEN Mohamad, pemilik dua gambar potret aktivis LGBT yang dikeluarkan dari pameran di George Town Festival, berkata beliau gembira karyanya itu mencetuskan perbincangan berhubung hak golongan terbabit.

Beliau turut bersangka baik dengan menteri yang mengarahkan potrait itu dikeluarkan dari acara tersebut, Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Untuk pertama kali, kita ada menteri yang menjaga hal ehwal Islam menyokong transgender. Ia mengagumkan.

“Apa yang penting… beliau mengiktiraf mereka dan mahu membantu mereka,” katanya kepada pemberita pada pemeran di Dewan Sri Penang, hari ini.

Pameran berjudul “Stripes and Strokes” yang berlangsung dari 4 Ogos sehingga 2 September, adalah projek besar pertama Mooreyameen. Ia menampilkan gambar potret personaliti terkenal Malaysia. Antaranya adalah Nisha Ayub dan Pang Khee Teik, yang merupakan aktivis golongan minoriti tersebut.

Susulan aduan orang ramai dan arahan daripada pejabat Mujahid, setiausaha negeri Farizan Darus menguhubungi Pengarah GTF Joe Sidek untuk mengeluarkan dua gambar potret tersebut minggu ini. Dua gambar tersebut dikeluarkan pada Selasa dan mengundang kecaman.

Isu itu hangat dibincangkan, terutama di media sosial, antara penyokong dan anti kumpulan LGBT.

Beberapa personaliti lain, yang gambarnya turut dipamerkan, meminta supaya gambar potret mereka turut dikeluarkan sebagai tanda protes terhadap layanan yang diterima Nisha dan Pang.– 11 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen