KERAJAAN Pakatan Harapan akan meneliti beberapa isu membabitkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kerana rakyat Malaysia mahu melihat perkara itu ditangani dengan baik, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
“Ia (Mara) sudah jadi satu isu yang sensitif, yang perlu diberi perhatian oleh Bersatu dan juga Pakatan Harapan.
“Saya akan bawa perkara ini kepada menteri-menteri supaya mereka faham betapa pentingnya mereka sensitif terhadap pandangan orang ramai,” kata Dr Mahathir pada sidang media, malam ini.
Pengerusi PH itu berkata, antara isu yang menyelubungi Mara adalah mengenai pemilikan tanah.
Mara terlibat dalam beberapa pembelian tanah di Australia melibatkan anak syarikatnya, Mara Inc.– 11 Ogos, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen