MENTERI Dalam Negeri Muhyiddin Yassin mungkin akan menjalani rawatan kemoterapi selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas pada bulan lalu, kata Dr Mahathir Mohamad.
Perdana menteri itu berkata Muhyiddin dijangka akan bercuti lebih lama lagi.
“Penyakit seumpama ini memerlukan tempoh rawatan yang panjang. Beliau akan menjalani rawatan susulan. Beliau mungkin jalani kemoterapi,” kata Dr Mahathir pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu.
Dr Mahathir tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Ahli Parlimen Pagoh itu bercuti sejak 12 Julai lalu bagi mendapatkan rawatan di Singapura dan sepatutnya kembali bertugas dalam tempoh sebulan lagi.
Dr Mahathir kini memangku tugas menteri dalam negeri.– 11 Ogos, 2018.
Komen