KETUA Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata beliau tetap berpegang pada prinsip walaupun kini sudah menjadi pemimpin kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian selepas sebuah kumpulan yang membantah projek lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL1) cuba mempersoal prinsipnya dengan mengungkit semula bantahan yang dibuatnya sebelum ini terhadap cadangan pembinaan lebuhraya oleh Barisan Nasional (BN).
Chow, semasa menjadi ahli Parlimen pembangkang mewakili kawasan Tanjong, menentang projek Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), yang tidak pernah dilaksanakan selepas BN gagal mempertahankan negeri pada 2008.
“Ucapan saya pada 2002 telah tular. Ia bagi menunjukkan yang saya menetang projek PORR dan mempersoal mengapa sekarang saya menyokong lebuhraya PIL1.
“Namun, bantahan saya terhadap PORR secara khususnya merujuk kepada tol yang akan dipungut. Kontraktor projek berkenaan dikatakan akan diberikan pampasan dengan tawaran seperti tanah tambak.
“Pada masa itu, Laporan Halcrow berhubung PORR juga menyebut yang lebuhraya itu tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas untuk jangka masa panjang. Dalam tempoh lima tahun, masalah itu akan berulang kembali,” katanya pada sidang media, hari ini.– 10 Ogos, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen