Mahkamah Tinggi ketepi larangan ke atas kes Najib


Bede Hong

Bekas perdana menteri Najib Razak berdepan beberapa pertuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2018

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan perintah larangan ke atas media dan awam bagi membincangkan merit kes bekas perdana menteri Najib Razak.

Hakim Mohd Nazlan Ghazali memutuskan perkara itu terhadap peguam yang mewakili bekas perdana menteri itu, yang hari ini berhujah bahawa ulasan dan liputan media akan memberi kesan buruk terhadap prosiding dan keputusannya yang masih menunggu perbicaraan.

Nazlan berkata permohonan mereka untuk melanjutkan perintah interim larangan itu “tidak dapat dikekalkan, dan menyifatkannya sebagai “tidak wajar” dan “tidak berlebihan” untuk menyatakan terdapat undang-undang bagi menghina dan memfitnah untuk mengelakkan subjudis bagi perbicaraan yang masih belum selesai.

Katanya, masyarakat umum dan media mempunyai hak untuk bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan walaupun dengan sekatan yang dirancang untuk menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau menghasut terhadap apa-apa kesalahan.

“Bagi perbicaraan jenayah seperti sebelum ini, ahli masyarakat berhak untuk pandangan ke atas prosiding bagi melihat sama ada tertuduh mendapat perbicaraan yang adil,” katanya yang menbaca daripada kenyataan bertulis. 

“Orang awam mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat. Sudah tentu, pengecualian yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan awam tetapi ia melibatkan keganasan dan penderaan seksual kanak-kanak.

Nazlan berkata, memandangkan tiada juri dalam perbicaraan jenayah di Malaysia sejak 1995, sukar untuk membuktikan bahawa penerbitan akan menjejaskan sistem kehakiman.

Hakim juga berkata peguam Najib gagal untuk menunjukkan sebarang risiko subjudis terhadap defendan.

“Bukti kebanyakannya adalah dalam bentuk pandangan peribadi. Tidak ada tindakan yang diambil oleh pemohon terhadap individu untuk transaksi yang dikatakan.”

Pada 4 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Sofian Abdu Razak membenarkan permohonan Najib untuk perintah larangan interim bagi menghentikan perbincangan terhadap pendakwaan yang difailkan terhadap bekas perdana menteri itu. Perintah itu tamat hari ini.

Terdahulu, timbalan pendakwaraya awam Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu mahkamah kebanyakan ulasan berhubung perkara itu sudah berada di domain internet sebelum Najib didakwa dengan beberapa pendakwaan jenayah kerana didakwa mengambil RM42 juta daripada SRC International.

Tambahnya, ia sesuatu yang mustahil untuk mengenakan ‘gag order’ terhadap organisasi berita yang berpangkalan di luar negara.

Katanya, perintah seperti itu akan memberi kesan kepada media tempatan, melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara.

“Walaupun ia berkait politik, ia boleh disiarkan dengan bebas,” kata Hanafiah.

Sementara itu, peguam Najib Harvinderjit Singh berhujah bahawa mahkamah tidak sepatutnya menghadapi apa-apa halangan dalam mengeluarkan perintah penghinaan sekiranya ‘gag order’  itu ditarik balik.

“Mahkamah perlu maklumkan kepada masyarakat umum bahawa mereka tidak sepatutnya mengatakan atau mengulas yang merujuk bahawa Najib bersalah.

“Kami cuba meyakinkan Yang Arif untuk mengembalikan semula peraturan sub judis kerana itulah yang berlaku.

“Tweet akan keluar dalam hanya sesaat. Kami cuba untuk menghentikan orang daripada mengatakan apa yang tidak harus dikatakan.”

Pada 4 Julai, Najib didakwa dengan empat tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa. Beliau mengaku tidak bersalah.

Pada Rabu, Najib turut meminta dibicarakan berhubung tiga dakwaan pengubahan wang haram berkaitan pemindahan RM42 juta dari SRC International ke dalam akaun peribadinya. – 10 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen