WAKIL masyarakat dan persatuan penduduk berkumpul lagi di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini sebagai bantahan kepada cadangan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
Ini kali kedua mereka berkumpul di luar bangunan ketika persidangan DUN dijalankan bagi membantah projek PTMP dan Pan Island Link 1 (PIL1). Sebelum ini mereka berkumpul pada Isnin.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang juga exco yang bertanggungjawab atas pengangkutan, dijadualkan akan menggulung perbahasan pada pagi esok. Beliau dijangka akan mengutarakan isu-isu mengenai projek yang dibangkitkan ahli-ahli Parlimen mengenai projek PTMP dan PIL1.
Kumpulan tempatan yang lantang bersuara mengenai projek itu, Penang Forum, mengedar risalah kepada media yang menunjukkan ucapan Chow pada 29 Mei 2002 ketika ketua menteri itu jadi ahli Parlimen Tanjong, membantah projek Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) bernilai RM5 bilion di bawah pentadbiran Barisan Nasional.
Cow dilaporkan berkata projek PORR itu bukanlah penyelesaian jangka panjang bagi masalah lalu lintas di Pulau Pinang dan ia memerlukan semakan menyeluruh.
Ketika DUN sedang bersidang di dalam Dewan, penunjuk perasaan di luar bangunan melaungkan kata-kata supaya projek PTMP dikaji semula dan PIL1 dimasuhkan. – 10 Ogos, 2018.
Komen