Sabah dilanda wabak selesema burung, hampir 30,000 ayam dibunuh


Jason Santos

Penduduk di kawasan Pantai Barat negeri itu mengetahui tentang wabak selesema burung pada 3 Ogos lalu berdasarkan laporan media tempatan tentang operasi pembersihan yang tertumpu di Kampung Kauluan, Tamparuli. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2018.

HAMPIR 30,000 ayam dibunuh dalam operasi mengekang wabak selesema burung di Tuaran, Sabah yang bermula ketika daerah itu mengalu-alukan pelawat yang datang ke Perayaan Hari Orang Asal Sedunia yang bermula hari ini.

Penduduk di kawasan Pantai Barat negeri itu mengetahui tentang wabak selesema burung pada 3 Ogos lalu berdasarkan laporan media tempatan tentang operasi pembersihan yang tertumpu di Kampung Kauluan, Tamparuli, lima minit dari bandar Tuaran.

Seorang pengendali kantin popular, Amy Lee, berkata walaupun perniagaannya tidak terkesan dengan berita itu, beliau mengetahui wabak selesema burung dari laporan akhbar tempatan.

“Ia boleh berjangkit melalui udara? Saya sedikit takut apa akan jadi kalau ia bersentuhan dengan manusia?” tanya Lee.

“Sekarang saya beli ayam separuh masak dari pasar Tuaran dan bawanya ke sini (kantin).

“Setakat ini tiada siapa yang mengadu mengenainya. Setakat ini perniagaan saya tak rugi,” kata Lee mengakui yang telur ayam sudah tidak dijual di pasar sejak 3 Ogos lalu.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengenalpasti virus selesema burung itu dikesan dari sebuah ladang ayam berhampiran Tamparuli adalah jenis H5N1 yang boleh dipindahkan dari bintang kepada manusia.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi bagaimanapun berkata masih tiada kes jangkitan kepada manusia dikesan sejak 3 Ogos lalu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyalahkan migrasi burung liar sebagai punca wabak selepas sampel dari sebuah ladang di Kampung Kauluan positif virus.

Terdapat sembilan ladang ayam di Tamparuli. – 8 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen