Bawa Equanimity ke sini, kata Adun Pulau Pinang


Looi Sue-Chern

Kapal Equanimity itu boleh dipertontonkan kepada orang ramai dengan bayaran tertentu. Bayaran itu kemudiannya disumbang kepada Tabung Harapan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Ogos, 2018.

BEBERAPA ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mencadangkan kapal layar Equanimity dibawa ke Pulau Pinang untuk tontonan rakyat negeri itu.

Goois Hsiao-Leung (PH-Bukit Tengah) malah mencadangkan kerajaan mengenakan caj kepada rakyat yang mahu melihat kapal layar mewah bernilai RM1 bilion itu.

“Mungkin exco pelancongan kita boleh menulis kepada kerajaan persekutuan meminta Equanimity dibawa ke sini.

“Kapal itu boleh berlabuh di pelabuhan Weld Quay dan rakyat dikenakan caj yang kemudian disumbang kepada Tabung Harapan,” katanya di DUN hari ini.

Beliau mengulas cadangan Daniel Gooi (PH- Pengkalan Kota) yang mahu membawa kapal layar itu ke Pulau Pinang.

Idea itu tercetus selepas Hsiao-Leung, bekas ahli Parlimen Alor Setar, bercakap tentang “sejarah pembersihan korupsi terbesar” Malaysia sejak 9 Mei.

Dua contoh, katanya, adalah pengambilan Equanimity daripada pihak berkuasa Indonesia dan dakwaan rasuah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak. – 8 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.







 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen