Subramaniam tuduh pembangkang cetus panik berkaitan vaksin rabies


Melati A. Jalil

S. Subramaniam berkata pembangkang sengaja mengelirukan rakyat dan mencetuskan panik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai, 2017.

AHLI Parlimen pembangkang seharusnya berhenti mencetus panik yang tidak perlu di kalangan orang ramai mengenai wabak rabies, kata Menteri Kesihatan Dr S. Subramaniam, memberi jaminan kementerian itu mempunyai vaksin yang mencukupi untuk manusia dan haiwan.

“Percubaan ahli politik pembangkang terutama dari Sarawak untuk melakukan eksploitasi politik dan menyimpang fakta, mengelirukan rakyat dan mencetuskan panik di kalangan rakyat adalah sesuatu yang saya kutuk.

“Anda tidak menggunakan wabak penyakit untuk mendapatkan sokongan politik. Sistem ini berfungsi dan akan bertindak balas, jadi jangan mencetuskan keadaan panik mengatakan yang sebaliknya, ” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya hanya menggunakan kira-kira 2,000 vaksin daripada 8,000 stok untuk manusia, manakala sekitar 17,799 haiwan sudah disuntik Jabatan Perkhidmatan Veterinar sehingga 20 Julai di Sarawak. – 25 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen