Hakim baharu, lebih banyak tuduhan menanti Najib di mahkamah


Bede Hong

HAKIM Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijangka mengetuai perbicaraan rasuah bekas perdana menteri Najib Razak, yang mungkin akan menghadapi lebih banyak tuduhan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib, yang dijadual hadir ke mahkamah esok bagi sebutan kes melibatkan empat tuduhan rasuah, dijangka dikenakan tuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).

Bekas perdana menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen pada 4 Julai dengan tiga tuduhan pecah amanah di bawah Kanun Keseksaan, dan satu kes salah guna kedudukan di bawah Akta SPRM.

Bekas presiden Umno didakwa menyalahgunakan jawatannya sebagai pegawai kerajaan untuk menerima rasuah RM42 juta sebagai dorongan untuk memberikan jaminan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk pinjaman RM4 bilion dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada SRC International Sdn Bhd.

SRC International pernah menjadi anak syarikat 1MDB, dana pelaburan negara yang ditubuhkan oleh Najib ketika beliau menjadi perdana menteri pada tahun 2009.

Nazlan menggantikan Hakim Mohd Sophian Abd Razak yang dipersoal dalam pendengaran kes Najib.

Kontroversi tercetus apabila Mohd Sofian didapati merupakan adik kepada ahli Exco Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada Umno, Mohd Soffi Abd. Razak.– 7 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen