BEKAS perdana menteri Najib Razak menggesa siasatan dilakukan terhadap dakwaan yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan badan pemikir International Republican Institute (IRI) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.
Menurutnya, dakwaan tersebut cukup serius bagi pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan memandangkan ia melibatkan campur tangan dengan pihak luar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Jika anda tuduh Hasanah mengkhianat, ini (IRI) lebih teruk kerana ia melibatkan campur tangan secara langsung dalam pilihan raya kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Hasanah Abdul Hamid merupakan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang dikatakan mengutuskan surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat pada 4 Mei lepas.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, negara lain akan mengambil langkah lebih serius jika isu seperti IRI terjadi di negara mereka.
“Di Amerika, mereka melantik pendakwa raya khas untuk menyiasat sama ada Rusia campur tangan dalam pilihan raya di Amerika.
“Sekarang terdapat kenyataan terbuka (IRI) bekerjasama dengan PH sejak 2002 untuk perubahan regim. Ini perkara yang sangat serius. Kita tidak sewajarnya benarkan ini terjadi,” katanya. – 7 Ogos, 2018.
MENYUSUL
Komen