Tiada Kabinet bayangan, Umno pantau kerajaan bersama PAS


Yasmin Ramlan

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata setiap ahli Parlimen Umno dan PAS akan bertanggungjawab untuk memantau portfolio khusus. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Ogos, 2018.

KETUA pembangkang Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) tidak akan menubuhkan Kabinet bayangan seperti yang dilakukan oleh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sebelum ini.

Sebaliknya, presiden Umno itu berkata setiap ahli Parlimen Umno dan PAS akan bertanggungjawab untuk memantau portfolio khusus.

“Kita tidak mempunyai barisan Kabinet bayangan. Tapi kita menyusun senarai ahli Parlimen pembangkang yang mewakili Umno dan PAS terutamanya untuk diberikan tanggungjawab memfokuskan portfolio tertentu,” katanya.

Zahid berkata portfolio tersebut akan diagihkan berdasarkan perbahasan ahli Parlimen yang menjurus kepada bidang masing-masing.

“Ini akan menyebabkan fokus diberikan kepada ahli Parlimen tertentu untuk bahaskan perkara tertentu dan membangkitkan perkara tertentu.

“Namun mereka juga diberikan kebebasan berdasarkan latar belakang untuk menyentuh lain-lain perkara kerana kita berjanji untuk menjadi pembangkang yang konstruktif dan mempunyai kewibawaan daripada segi maklumat, latar belakang dan juga fakta yang diperoleh,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. – 7 Ogos, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen