MKN masih dalam kajian sebelum dimansuhkan, kata menteri


Kamles Kumar

Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 masih dalam kajian sebelum keputusan pemansuhan dibuat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong, hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2018.

AKTA Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 masih dalam kajian sebelum keputusan pemansuhan dibuat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong, hari ini.

“Pemansuhan akta ini setakat ini dalam proses jawatankuasa. Saya yakin janji dalam manifesto akan ditunaikan oleh kerajaan.

“Jadi beri kami sedikit masa untuk meneliti situasi ini, khususnya MKN. Perkara membabitkan isu negara, kami akan teliti semua faktor bagi memastikan keselamatan negara tidak terjejas,” katanya pada sesi penggulungan titah diraja di Dewan Rakyat.

Ramkarpal Singh dari DAP bertanya sama ada MKN akan dihapuskan selari dengan janji manifesto Pakatan Harapan untuk menghapuskan akta berkenaan yang dilihat memberi kuasa terlalu luas kepada perdana menteri.

Liew menjawab yang akta itu tidak pernah digunakan.

“Dalam tempoh dua tahun, akta ini tidak digunakan.

“(PM) perlu dapatkan kelulusan daripada ahli MKN, yang termasuk timbalan perdana menteri, menteri pertahanan dan menteri dalam negeri. Jadi dalam hal ini, bukan sahaja PM yang akan buat keputusan,” kata Liew.– 6 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen