Peguam Najib persoal kewajaran hakim lantikan Dr Mahathir dengar kes saman


Bede Hong

Peguam Najib Razak mahu mahkamah meneliti kewajaran empat hakim kanan negara menganggotai panel tujuh hakim dalam kes saman Dr Mahathir Mohamad kepada Najib. Keempat-empat hakim itu dilantik selepas Dr Mahathir naik di Putrajaya.

PEGUAM mewakili Najib Razak dalam kes saman Dr Mahathir Mohamad ke atas bekas perdana menteri itu berkata, empat hakim tertinggi negara yang dilantik perdana menteri bulan lepas, tidak sepatutnya memutuskan kes berkenaan.

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan permohonan semakan saman oleh Dr Mahathir terhadap Najib kerana salah guna kuasa ketika memegang jawatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguamnya, Hafarizam Harun juga membangkitkan soal sama ada keempat-empat hakim tertinggi negara itu boleh menganggotai panel tujuh hakim untuk menghakimi kes perdana menteri.  

“Kami menasihati sama ada wajar atau tidak keempat-empat hakim itu mendengar kes itu,” katanya kepada wartawan di Istana Kehakiman hari ini selepas memohon Ketua Hakim Negara Richard Malanjum menarik diri daripada perbicaraan kes itu.

Turut berada dalam panel adalah Presiden Mahkamah Rayuan Ahmad Maarop, Ketua Hakim Malaya Zaharah Ibrahim dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak David Wong Dak Wah.

Saman itu akan didengar selepas Mahkamah Persekutuan mendengar saman berbeza oleh Ahli Parlimen Damansara Tony Pua pada 5 November yang akan menentukan sama ada Najib boleh dianggap sebagai penjawat awam ketika menjadi perdana menteri. – 6 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen