Lebih RM300 juta dibelanjakan, hanya 5 daripada 11 marina beroperasi


Kamles Kumar

HANYA lima daripada sebelas marina di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu yag masih beroperasi, menurut laporan Ketua Audit Negara.

Kesemua sebelas marina itu diluluskan untuk dibina untuk kegunaan awam di seluruh negara bagi tujuan pelayaran dan pelancongan marin pada September 2000 dengan kos sebanyak RM323.16 juta.

Laporan juga menyebut bahawa belaku pembaziran di tujuh marina disebabkan perbezaan infrastruktur.

“Objektif pembinaan marina tersebut tidak tercapai kerana hanya lima daripada sebelas, iaitu 45.4% yang beroperasi sebagai marina awam dan terdapat pembaziran di marina yang tidak digunakan,” laporan itu menyebut.

Pengurusan marina juga teruk dan membenarkan warga asing masuk secara tidak sah, kata laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Laporan juga menyatakan bahawa rekod kewangan marina dari 2015 hingga 2017 tidak dapat dikenal pasti. – 6 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen