KETIKA ketegangan selepas Pilihan Raya Umum 14 mula reda, timbul pula pertikaian antara dua parti dominan di Sabah, Pertubuhan Pasokmmogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Difahamkan pertikaian itu berlaku selepas pemimpin PBS tidak berpuas hati dengan Upko yang dipimpin Wilfred Madius Tangau yang didakwa mereka sebagai “katak politik” kerana lompat parti dan menyokong Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan selepas pilihan raya 9 Mei.
Kemarahan PBS boleh dilihat ketika Sabah terperangkap apabila dewan undangan negeri tergantung selepas Barisan Nasional dan Warisan-PH masing-masing mempunyai 29 kerusi negeri selepas PRU14, dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) menjadi kingmaker.
Terdapat 60 kerusi negeri dana Dewan Undangan Negeri Sabah.
Walaupun parti pembangkang Solidariti yang dipimpin Jeffrey Kitingan beralih sokongan kepada BN memberikan pakatan itu 31 kerusi majoriti, Upko kemudiannya memutusan untuk beralih arah memberikan empat kerusinya kepada Warisan-PH sekaligus memberi pakatan itu 33 kerusi majoriti dan mengurangkan kerusi yang dimenangi BN kepada 27.
Pertikaian itu bermula selepas pemangku timbalan presiden PBS Maximus Ongkili semalam menyatakan kekalahan BN di Sabah adalah kerana “katak politik” dan bukan sebab kurang sokongan.
“Budaya lompat parti ini sudah lama diamalkan oleh Upko, dan mereka menjadikan penyokong BN dan PBS sebagai pembangkang.
“Dan kini mereka berdepan diskriminasi dan ketidakadilan oleh kerajaan negeri yang diterajui Warisan,” kata Ahli Parlimen Kota Marudu itu dan menyifatkan tindakan lompat parti sebagai tindakan yang tidak berprinsip.
Pada 1967, Upko meninggalkan Perikatan Sabah dan Adun Payar Juman ketika itu melompat parti ke Usno, maka ia membolehkan Usno membentuk kerajaan pada masa itu.
Pada 1994, bekas presiden Upko Bernard Dompok yang merupakan ahli pembangkang PBS menyertai perikatan BN menerusi Parti Demokratik Sabah dan kemudiannya Upko.
Menyifatkan ia sebagai pengkhianatan kali kedua, Maximus berkata pemimpin Upko terus melakukan perkara yang sama selepas PRU14.
Upko bagaimanapun tidak berdiam diri dengan kenyataan Maximus, dan hari ini tiga pemimpinnya membalas kenyataan itu.
Yang pertama datang daripada setiausaha agung Upko Donald Mojuntin yang menjelaskan keputusan Upko untuk meninggalkan BN adalah bagi memenuhi aspirasi rakyat Sabah dan keputusan itu adalah keputusan kolektif yang dibuat oleh majlis tertinggi parti pada 10 Mei.
Pada hari yang sama, pengerusi BN Sabah Musa Aman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri dan kabinetnya selepas mendapat dua kerusi tambahan daripada Solidariti.
“Perlu diingat, PBS turut meninggalkan BN. Jadi, kemurungan Maximus sangat membingungkan.
Bagi Upko, keputusan itu tidak diambil ringan kerana akhirnya ia akan memberi kelebihan untuk meneruskan perjuangan parti dan hala tujunya serta ahlinya, katanya.
“Juga sangat penting, keputusan itu selari dengan hasrat dan aspirasi majoriti rakyat di Sabah, kerana 60% undi popular adalah menentang BN pada PRU14,” katanya.
Kenyataan Mojuntin diikuti oleh ketua undang-undang parti Nelson Anggang yang menyerang PBS untuk bergabung dengan Solidariti, parti yang pernah mereka tolak, dan jawatankuasa penganjur Belia Upko Felix Joseph Saang. – 4 Ogos, 2018
Komen