Masa depan terus cerah ketika sambutan Merdeka bermula 


Noel Achariam Looi Sue-Chern

Perserta persembahan mengibarkan Jalur Gemilang pada pelancaran Bulan Kemerdekaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang 2018 di Pulau Pinang malam ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Ogos, 2018

KETIKA negara memulakan sambutan Hari Merdeka yang ke 61 dan sambutan Hari Malaysia, perayaan kemerdekaan di bawah kerajaan Pakatan Harapan terus memberi harapan kepada rakyat.

Tiga bulan selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu yag menyaksikan Barisan Nasional tumbang selepas 60 tahun berkuasa, rakyat masih gembira kerana mereka mengubah kerajaan dan terus memandang ke hadapan. 

Ramai yang mengharapkan hari yang lebih baik bersama kerajaan lebih bersih dan telus, sebagaimana yag dijanjikan Pakatan Harapan. 

Khor, 60 yang tinggal di Pulau Pinang ketika ditemui pada pelancaran Bulan Kemerdekaan dan kempen Kibar Jalur Gemilang 2018 malam ini berkata, beliau gembira dengan perubahan kerajaan

Beliau yang enggan memberikan nama penuh berkata, beliau merasakan Malaysia akan menjadi lebih baik, ketika negara menandakan satu lagi tahun kemerdekaan. 
 
Katanya, negara lain tidak lagi memandang rendah pada Malaysia sekarang, tidak seperti sebelum ini, merujuk kepada skandal 1Malaysia Development Berhad yang tersebar di seluruh dunia. 

“Kamu dengar semua tentang penyelewengan ketika kerajaan lama berkuasa. Ketika itu kamu rasa malu apabila orang luar bercakap tentang bagaimana korupnya pemimpin negara kamu. 

“Kerajaan ini akan lebih baik, pasti. Saya tidak kisah perdana menteri yang berusia,” kata Khor, merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad yang kembali berkuasa pada usia 93 tahun. 

Pengawal keselamatan, Abdul Razak Samsudin, 62, turut berkongsi pandangan sama dengan Khor. 

Katanya, beliau tidak pasti apa yang kerajaan PH mampu lakukan kerana kerajaan baharu itu baru berusia tiga bulan, namun beliau memilih untul lebih optimistik. 

“Saya gembira dengan perubahan kerajaan, Saya rasa orang baru di Putrajaya boleh buat lebih baik untuk ekonomi,” katannya. 

Abdul Razak sampai awal ke pelancara itu bagi menyaksikan sendiri sambutan di padang Esplanade. Telah banyak tahun kerajaan tidak mengadakan acara luar seperti itu di George Town. 

“Saya datang seorang. Saya datang nak tengok acara ini, tengok apa yang ada. Saya akan datang semula esok bersama keluarga,” katanya.

Sementara itu, seorang lagu penduduk Pulau Pinang Eric Ng Lin Long, 22 berkata kemenangan PH terus memberi harapan baharu kepada rakyat Malaysia. 

“Untuk Merdeka kali ini, saya bangga kerana PH telah menang. Kami harap kerajaan PH akan mentadbir negara dengan telus.

“Bagi Pulau Pinang, ini merupakan satu penghormatan kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memilih tempat ini untuk melancarkan sambutan Hari Merdeka. 

“Ia merupakan tempat yang sesuai bagi PH mengadakan acara besar seperti ini.” – 4 Ogos, 2018

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen