PAKATAN Harapan (PH) sudah menyerahkan draf perlembagaan mereka kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad berkata draf perlembagaan gabungan parti tersebut dihantar secara atas talian sebentar tadi.
“Kita akan adakan pertemuan dengan RoS pada petang ini kira- kira jam 3.30 petang, kemudian baru kita akan umumkan secara rasmi,” katanya pada sidang media PH di Pejabat Ketua Pembangkang Bangunan Parlimen hari ini.
Beliau juga berkata PH bersedia untuk melakukan pembetulan sekiranya diarahkan oleh RoS.
Sementara itu beliau turut mengumumkan pelantikan jawatankuasa pilihan raya yang akan diwakili semua parti dan akan diketuai Muhyiddin Yassin sebagai pengarah pilihan raya.
“Kita juga melantik ahli jawatankuasa DAP Gobind Singh Deo mengetuai biro guaman, manakala Tony Pua mengetuai biro penerangan
“Dan kita juga wujudkan jawatankuasa Sabah dan Sarawak dan sayap angkatan muda dan wanita akan ditubuhkan. Ia akan disahkan oleh mesyuarat majlis presiden nanti.”– 24 Julai, 2017.
Komen