Satu pertiga pekerja Lembaga Koko diberhentikan


Jason Santos

Presiden Cuepacs Azih Muda (duduk,tengah) berkata, pemberhentian ini tidak mencerminkan perkembangan ekonomi negara yang positif. – Gambar The Malaysian Insight oleh Jason Santos, 24 Julai, 2017.

LEBIH satu pertiga daripada ahli Lembaga Koko Malaysia (LKM) dibuang kerja, menurut badan kesatuan sekerja terbesar di negara ini.

Seramai 281 kakitangan sementara dan separuh masa akan diberhentikan pada 13 Ogos dengan hanya 94 kakitangan ditawarkan kontrak selama tiga bulan dengan bayaran sambilan harian sebanyak RM54 sehari.

Jumlah itu mencakupi 38% tenaga kerja lembaga pengarah di seluruh negara, dengan 157 di Semenanjung Malaysia, 76 di Sabah dan 48 di Sarawak.

Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, ini adalah kali pertama pemberhentian secara besar-besaran di sektor awam dan tidak mencerminkan perkembangan ekonomi negara yang positif.

“Beberapa pekerja sudah bekerja selama 17 tahun dengan lembaga dan menyumbang banyak untuk organisasi.

“Adakah kerajaan merancang untuk memberi kerja mereka kepada pekerja asing?” tanya Azihsemasa sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.

“Ia memperlihatkan penswastaan ​​sektor awam bukanlah satu idea yang baik. Terdapat banyak contoh di mana kerajaan terpaksa membelanjakan lebih banyak untuk menyelamatkan langkah penswastaan yang ​​gagal pada masa lalu,” katanya.

Katan Azih, kakitangan LKM menerima notis penamatan mereka pada 10 Julai di tengah-tengah perayaan Hari Raya dengan alasan beberapa daripada mereka tidak memenuhi keperluan pendidikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah penyesuaian sektor perkhidmatan awam pada 2013.

“Pekeliling jabatan menyaksikan beberapa semakan untuk 81 skim pekerjaan pada 2013. Keperluan pendidikan mininum dinaik taraf daripada darjah enam dan tingkatan 3 kepada peperiksaan PT3 dan PMR,” katanya.

“Tetapi ini bukan alasan mengapa mereka perlu diberhentikan. Tetapi saya percaya lembaga itu mungkin menyembunyikan alasan sebenar.

“Ia mungkin kekangan kewangan tetapi kita tidak pasti,” kata Azih.

Semasa sidang akhbar itu, Azih meminta Menteri Pertanian dan Asas Tani Shabery Cheek, Menteri Sumber Manusia Richard Riot dan Perdana Menteri Najib Razak untuk menyelesaikan isu ini. – 24 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen