PAS, Umno siap untuk mengundi di Sungai Kandis 


Alfian Z.M. Tahir

KETIKA tempoh berkempen pilihan raya kecil Sungai Kandis hampir tamat, ahli PAS yang bersemangat menyertai calon Barisan Nasional Lokman Noor Adam pada acara terakhirnya. 

Dalam beberapa siri kenduri di Sungai Kandis pada Jumaat malam, The Malaysian Insight mendapati penyokong akar umbi PAS menyertai Lokman pada program bertemu penduduk terakhir sebelum hari mengundi.

“Tiada masalah antara PAS dengan Umno di sini walaupun kami merupakan musuh politik tetapi malam ini menceritakan semuanya kepada kamu mengenai kami. 

“Ramai pengundi yang merupakan ahli PAS dan penyokong bersama kami malam ini. Mereka sanggup menunjukkan mereka bersama BN dan Umno. Saya rasa ini kerana pimpinan PAS beri persetujuan (untuk sokong BN). Sangat bagus untuk melihat PAS bersama dengan kita,” kata Hamdan yang merupakan penganjur bagi acara Lokman di Sungai Kandis. 

Lokman yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno dalam ucapannya turut mengingatkan ahli PAS agar mengundi BN. 

“Saya berterima kasih kepada PAS atas sokongan dan kita semua mesti undi BN esok.

“Keluar awal dan jangan lupa untuk bawa kad pengenalan,” kata Lokman pada majlis makan makan di Sungai Kandis. 

Esok akan menyaksikan 51,230 orang keluar mengundi bagi memilih wakil mereka di Sungai Kandis. Pilihan mereka adalah calon PKR Zawawi Ahmad Mughni, calon BN Lokman Adam dan calon bebas K Murthy. 

Sejak 12 hari lalu, Zawawi dan Lokman berkempen di sekitar Jalan Kebun dan Sungai Kandis yang mempunyai kira-kira 22,000 pengundi Melayu. 
Penduduk Sungai Kandis terdiri daripada 72% Melayu, India (16%) dan Cina (12%).

Pada pilihan raya 9 Mei lalu, Mat Shuhaimi Shafiei (PKR) memenangi 19 daripada 20 pusat mengundi menentang Kamaruzzaman Johari (BN) dan Mohd Yusof Abdullah (PAS) dan Hanafiah Husin (PRM).

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian Shuhaimi 2 Julai lalu.

Sementara tu, lebih ramai ahli PAS dilihat di acara yang diadakan di Johan Setia ketika penyanyi Herman Tino berada di pentas. 

Ketika dihampiri ahli PAS ini memberitahu The Malaysian Insight mereka menyokong BN kerana arahan daripada pimpinan. 

Bagaimanapun mereka enggan dinamakan dan dirakam gambar. 

“Tak perlu ambil gambar kami. Kami datang kerana arahan daripada pimpinan,” kata salah seorang daripada mereka.  

Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad truut dilihat berada di acara di Johan Setia bersama bekas ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Zohdi. 

Di bawah peraturan pilihan raya, semua tempoh berkempen akan berakhir pada tengah malam. – 3 Ogos, 2018
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen