Selangor bayar RM2.55 bilion untuk ambil alih Splash 


Kamles Kumar

Bayaran pengambilalihan itu sekaligus menyelesaikan proses penstrukturan semula industri air negeri Selangor.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2018

KERAJAAN Selangor akan membayar RM2.55 bilion untuk mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula industri air negeri Selangor.

Nilai pengambilalihan itu adalah bersamaan dengan diskaun sebanyak 28% daripada harga Splash RM3.54 bilion, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. 

“Nilai pengambilalihan Splash yang telah ditawarkan adalah berjumlah RM2.55 bilion, iaitu bersamaan dengan diskaun sebanyak 28% berdasarkan nilai buku bersih Splash pada 30 Jun 2018 iaitu sebanyak RM3.54 billion,” katanya selepas menyaksikan penyerahan surat tawaran daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd kepada Splash. 

Pengambilalihan Splash bermakna kerajaan negeri telah melengkapkan proses penstrukturan air selepas berjaya mengambilalih syarikat-syarikat konsesi air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Konsortium ABASS pada 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamarulzaman berkata, perjanjian itu dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan setengah, yang mana syarat perjanjian pembayaran semula secara tunai akan ditetapkan.

“Ini merupakan surat tawaran, butiran lanjut akan diselesaikan dalam bulan depan atau lebih, syarat pembayaran dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata jumlah bayaran pengambilalihan itu akan melebihi tempoh sembilan tahun tetapi tetap kekal jika terdapat penglibatan kerajaan persekutuan.

“Kami mempunyai tempoh masa selama sembilan tahun tapi kuantum yang tidak dapat kami dedahkan sekarang. Perlu ada kelulusan tertentu untuk kaedah dari persekutuan yang tidak dapat kita jelaskan sekarang,” katanya.

Air Selangor akan membayar pendahuluan sebanyak RM1.9 bilion dan selebihnya sebanyak RM650 juta akan dibayar secara berperingkat dalam tempoh sembilan tahun.

Tambah Amirudin, pengambilalihan itu juga tidak melibatkan sebarang peruntukan daripada bajet Selangor. 

Sementara itu, pengerusi Splash Wan Azmi Wan Hamzah berkata, syarikat itu setuju dengan diskaun yag diberikan kepada negeri atas “semangat zaman”.

“Ia adalah pulangan yang munasabah tetapi ia juga pendek kami tetapkan untuk berikan tahun lalu diskaun terakhir. Kami lakukan ini..kerana semangat zaman,” katanya. 

Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini menuduh kerajaan Selangor berpakat dengan pengurusan Splash untuk membelinya pada harga RM2.7 bilion, dengan pegawai pengurusan tertinggi mempunyai kepentingan sebanyak 30%.

Straits Times Singapura melaporkan bahawa perjanjian pembiayaan bersama dibuat antara Putrajaya dan Selangor untuk pembelian itu di mana kerajaan negeri dijangka mengeluarkan antara RM600 juta dan RM800 juta.

Menteri tanah, air dan sumber asli menafikan laporan itu yang mencadangkan kerajaan persekutuan akan membayar pendahuluan RM1.9 bilion untuk projek berkenaan. – 3 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen