MAHKAMAH hari ini menggugurkan pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, timbalan menteri Sim Tze Tzin dan bekas aktivis Mandeep Singh susulan mereka dilepaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan menyertai himpunan #KitaLawan pada 2015.
Hakim Maizatul Munirah Abdul Rahman menggugurkan pertuduhan terhadap mereka di bawah Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah selepas pihak pendakwa berkata tidak berminat meneruskan kes itu.
“Mereka perlu dibenarkan meneruskan tugas tanpa bimbang tentang pertuduhan terhadap mereka,” kata peguam Vince Tan di mahkamah hari ini.
Mereka bertiga didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai himpunan itu, yang membantah sabitan kedua kesalahan liwat terhadap Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan pada masa itu. – 3 Ogos, 2018.
Baca berita penuh di sini.
Komen