Pembangkang Pulau Pinang sedia terajui PAC 


Looi Sue-Chern

Tiga Adun pembangkang Pulau Pinang (dari kanan) Muhamad Yusoff Mohd Noor (berkaca mata), Nor Hafizah Othman dan Yusni Mat Piah ketika ditemui pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri hari ini.– Gambar The Malaysian Insight, 2 Ogos, 2018

KETUA pembangkang Pulau Pinang yang baru mengangkat sumpah Muhamad Yusof Mohd Noor berkata Barisan Nasional sedia untuk menerajui Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC).

“Ia dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan bahawa pemimpin pembangkang akan dilantik sebagai pengerusi PAC. 

“Sekiranya jawatan itu ditawarkan, kami akan terima. Jika tidak, kami masih ada wakil dilantik dalam jawatankuasa itu,” katanya kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri hari ini. 

Pembangkang hanya mempunyai tiga orang wakil dalam 40 ahli dewan undangan negeri selepas Pakatan Harapan memenangi 37 kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke 14, 9 Mei lalu. BN memenangi dua kerusi manakala PAS satu kerusi. 

Yusoff merupakan daripada Umno merupakan Adun paling lama dalam pembangkang. Beliau merupakan Adun Sungai Dua bagi penggal kedua. 

Dua lagi dalam pembangkang – Adun Permatang Berangan Nor Hafizah Othman (BN) dan Adun Penaga Yusni Mat Piah (PAS) – merupakan Adun penggal pertama. 

Yusof berkata, walaupun jumlahnya tidak ramai, tiga wakil rakyat itu akan cuba menjadi pembangkang yang membina dan dinamik untuk semak dan imbang. 

“Kami akan bangkitkan isu rakyat ketika perbahasan. Seperti banjir, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, perumahan, pekerjaan, penarahan bukit dan lain-lain. 

“Kami juga akan bangkitkan program ekonomi yang mampu meningkatkan pendapatan penduduk setempat, terutamanya orang miskin dan belia.”

Hafizah dan Yusni berkata mereka akan melihat kepada manifesto PH bagi memastikan kerajaan memenuhi janji mereka kepada rakyat. 

“Kam tidak akan membangkang semata-mata. Kami akan kaji dasar dan sokong apa yang terbaik untuk rakyat,” kata Yusni. 

BN pernah mempunyai 11 orang wakil rakyat pada 2008-2013 dan 10 wakil pada 2013-2018. PAS sebelum ini merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.– 2 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen