Pakaian patuh syariah dibenarkan jika ikut syarat, kata menteri


Looi Sue-Chern

Jangan tenung petugas penerbangan jika ia boleh menyinggung perasaan, kata Anthony Loke kepada ahli Parlimen PAS yang merungut mengenai pakaian seragam petugas syarikat penerbangan tempatan yang disifatkan sebagai terlalu terdedah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Ogos, 2018.

JANGAN tenung petugas penerbangan jika ia boleh menyinggung perasaan, kata Anthony Loke kepada ahli Parlimen PAS yang merungut mengenai pakaian seragam petugas syarikat penerbangan tempatan yang disifatkan sebagai terlalu terdedah.

Menteri pengangkutan itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berhubung pakaian seragam patuh syariah untuk petugas penerbangan.

Beliau berkata syarikat penerbangan perlu mematuhi standard keselamatan, seperti pemindahan kecemasan, yang ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Salah satu standard yang ditetapkan, katanya, memerlukan syarikat penerbangan untuk memilih pakaian seragam yang membolehkan petugas penerbangan menjalankan tugas keselamatan.

“Syarikat penerbangan bebas untuk memilih pakaian seragam selagi petugas penerbangan boleh menjalankan tugas semasa memakainya ketika berlaku pemindahan kecemasan.

“Pilihan pakaian seragam adalah keputusan komersial setiap syarikat, mengikut imej korporat mereka,” katanya.

Loke berkata pakaian seragam kebaya yang dipakai petugas Malaysia Airlines Bhd mengambarkan budaya Malaysia.

Beliau berkata kementerian tidak mempunyai bantahan jika petugas penerbangan beragama Islam ingin memakai pakaian patuh syariah selagi ia bertepatan dengan kriteria yang ditetapkan CAAM.– 1 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen