KERAJAAN komited melaksana semula pilihan raya kerajaan tempatan yang dihentikan sejak 54 tahun lalu, kata Zuraida Kamaruddin.
Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu memberi jaminan yang Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janjinya berhubung perkara itu.
“Kami sudah mengambil alih kerajaan, dan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan adalah sebahagian daripada janji kami kepada rakyat. Kami akan berusaha untuk mengembalikannya.
“Oleh kerana ia melibatkan beberapa pindaan undang-undang dan pelaksanaan kajian, saya jangka yang kami memerlukan masa lebih tiga tahun.
“Kami juga perlu masa untuk berhubung dengan rakyat di peringkat tempatan bagi mendidik mereka mengenai pilihan raya tempatan,” katanya bagi menjawab soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang mencelah dan menegaskan bahawa amalan lantikan ahli majlis sedia ada sudah cukup baik.
Terdahulu, Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) turut bertanya kepada kerajaan sama ada ia mempunyai kesungguhan politik untuk melaksanakn pilihan raya kerajaan tempatan.– 1 Ogos, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen