JUMLAH penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) meningkat 40,198 kes yang dilaporkan hari ini mengikut angka Kementerian Kesihatan.
Menteri Kesihatan Dr Zulkefly Ahmad berkata jumlah itu naik lebih 39,000 semalam dan berkata kementerian tidak bercadang menutup semua sekolah di negeri yang terjejas teruk.
“Pada peringkat ini tidak perlu campur tangan yang agresif seperti menutup sekolah dan pusat asuhan, pencegahan dan langkah-langkah awal untuk mengawal wabak ini masih dalam kawalan.
“Apa yang penting adalah mengetatkan prosedur kawalan dengan tegas seperti pintu masuk premis.
“Adalah penting bagi guru-guru di pra-sekolah dan taska memastikan semuanya dibersihkan dan disanitasikan, serta ibu bapa tidak digalakkan membawa anak-anak ke kawasan awam,” katanya selepas melawat Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini. .
Beliau berada di Sabah untuk menghadiri taklimat mengenai semua operasi di bawah bidang kuasa kementerian di negeri ini.
Beliau berkata jumlah kes HFMD di Sabah juga meningkat kepada 2,200 kes, dengan purata kira-kira 73 kes baru setiap minggu.
“Sehingga kini, semua daerah Sabah mencatatkan HFMD, tetapi Kota Kinabalu, Beaufort, Sandakan dan Penampang mencatatkan jumlah kes lebih tinggi berbanding yang lain,” katanya.
Daripada 35 sekolah yang ditutup kerana HFMD, sembilan di antaranya di Sabah, kata beliau. – 1 Ogos, 2018.
Komen