SIDANG Parlimen tidak akan berlangsung sehingga tengah malam bagi memastikan perbahasan ahli Parlimen lebih berkualiti, kata Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.
Berbeza dengan persidangan terdahulu, perbahasan boleh berlangsung hingga melepasi tengah malam, sesi sekarang akan dipendekkan untuk memastikan ia tetap membuahkan keputusan.
“Kita tidak jadi begitu lagi (lewat tengah malam), itu agak berlebihan. Akan ada limit yang dibenarkan, lebih daripada itu, ia tidak efisien.
“Apa gunanya? Sekitar pukul 9.30 malam atau sehingga pukul 10 malam, orang masih boleh peka. Menjelang tengah malam saya tidak pasti orang boleh peka,” kata Ariff kepada The Malaysian Insight.
Ia menunjukkan sikap bekas hakim mahkamah rayuan itu yang tegas pada minggu pertama Parlimen ketika beliau menghalau keluar Ramkarpal Singh daripada DAP kerana enggan menarik balik kenyataan yang menggambarkan kumpulan Pemuda Umno sebagai “samseng”.
“Saya fikir speaker perlu bertindak secara adil. Seorang speaker adalah speaker bagi seluruh Dewan, kerajaan dan pembangkang,” katanya.
“Saya bukan speaker ahli Parlimen kerajaan.”
Ariff berkata beliau percaya persidangan Dewan Rakyat akan memakan masa lebih lama kali ini untuk menangani isu-isu kritikal dan memberikan masa yang mencukupi untuk sesuatu usul dibahaskan.
“Pada asasnya, mesti ada masa yang mencukupi untuk usul dibaca sehingga perbincangan bermaklumat dapat berlaku,” katanya.
Berikut adalah petikan daripada temu bualnya dengan The Malaysian Insight: – 1 Ogos, 2018.
Komen