Peguam dikecam kerana mengatakan Najib tak perlu tahu surat CIA 


Bede Hong

Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata bukan hak suspek yang berdepan tuduhan jenayah untuk mengatakan bekas perdana menteri Najib Razak tidak tahu tentang surat kepada CIA, ia tugas penyiasat untuk menyiasat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2018

PEGUAM yang mewakili Hasanah Abdul Hamid, bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), menerima kritikan kerana mengatakan bekas perdana menteri Najib Razak tidak perlu tahu kewujudan surat yang dihantar kepada perisikan Amerika Syarikat untuk meminta sokongan mereka.

Shaharudin Ali hari ini berkata surat kepada Agensi Perisikan Persekutuan (CIA) merupakan perkara operasi rutin dan laporan polis telah dibuat hari ini untuk menyiasat siapa yang membocorkan kandungan surat sulit itu.

Shaharudin Ali kemudian mengesahkan kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Lumpur surat berkenaan adalah sahih.

Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes saman, berkata fokus utama siasatan polis perlu kepada siapa di sebalik surat berkenaan.

“Surat itu adalah sahih. Ia dihantar oleh beliau, di bawah tandatangannya. Sekiranya tiada pertikaian berhubung kesahihan surat berkenaan, ia menimbulkan keperluan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung siapa yang mengeluarkan surat berkenaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Ianya jelas, petunjuk jelas terdapat sekurang-kurangnya suatu jemputan kepada institusi luar negara dari kerajaan luar negara untuk campur tangan dengan kerja-kerja demokrasi berparlimen di negara ini.”

Tindakan itu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, yang menghukum tindakan memudaratkan demokrasi berparlimen penjara sehingga 15 tahun.

Haniff berkata siasatan polis berhubung siapa yang membocorkan surat itu adalah kepentingan kedua kerana Akta Rahsia Rasmi tidak ditetapkan untuk melindungi perbuatan jenayah: “OSA adalah untuk melindungi kepentingan negara ke atas maklumat rahsia demi kepentingan negara. Bukan kepentingan kerajaan.

“Oleh itu jika kerajaan telah mengeluarkan dokumen seperti ini dan apabila ia dibocorkan, tidak ada alasan untuk menggunakan pelanggaran OSA sebagai pembelaan yang sah untuk menyembunyikan surat tersebut. Mereka berada di pihak yang salah dengan mengakui bahawa surat itu sahih. Polis boleh mendedahkan unsur-unsur pengkhianatan, yang boleh dihukum mati. Ini bukan perkara yang boleh dipermainkan.”

Tambah Haniff, dakwaan Najib beliau tidak tahu tentang surat itu bukan perkara yang utama: “Sama ada Najib tahu tentang surat ini atau tahu tentang aktiviti MEIO adalah suatu yang perlu disiasat oleh polis.

“Bukanlah untuk Hasanah mengatakan perkara demikian dan meminta kita menerima perkara itu versinya, siapa beliau? Apa kuasa yang beliau ada sedangkan beliau menjadi subjek penyiasatan untuk kelakuan jenayah. Siapa beliau untuk katakan pihak lain tidak perlu disiasat?

“Kepentingan surat itu jelas sekali Najib dan kerajaannya sebelum ini yang mahu mengekalkan kuasa. Bagaimana beliau boleh katakan beliau tidak menulis surat itu tanpa pengetahuan Najib atau kepentingannya? Ini tugas polis untuk menyiasat. Bukan untuk beliau katakan.”

Haniff berkata, Hasanah perlu ditahan mengikut proses biasa dan direman dalam satu tempoh masa yang ditentukan oleh majistret untuk diambil keterangan.

Haniff berkata perkara itu sama dengan skandal Watergate di mana bekas Presiden AS Richard Nixon dan pemilihan semula beliau terlibat dalam rompakan parti politik saingan pada bulan Jun 1972.

“Saya gelarkan ini MEIO-gate. Nixon sendiri menyatakan tidak terlibat walaupun siasatan awal dan berdasarkan pemilihan semulanya.

“Siasatan lanjut mendapati Nixon terlibat memberi bayaran dan arahan tertentu kepada orang-orang yang terlibat dalam konspirasi untuk menyembunyikan perkara itu dari FBI, kemudian dia meletakkan jawatan, itu hanya berlaku selepas penyiasatan selesai. Sama juga di sini, kamu boleh katakan apa yang kamu mahu yang Najib bukan pihak berkepentingan dan Najib tidak tahu, tetapi itu adalah untuk disiasat pihak penyiasat.”

“Mujurlah dalam kes kita, Najib kalah pilihan raya. Bolehkah kamu bayangkan jika Najib menang? Ini adalah satu (dakwaan) jenayah terhadap negara dan ia tidak akan ditemui atau dihablurkan sedemikian rupa kepada orang ramai.” – 31 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen