Kehadiran Anwar berkempen di Sg Kandis tanda terdesak, kata calon BN 


Chan Kok Leong

Ketua umum PKR Anwar Ibrahim juga dijangka akan melawat keluarga bekas Adun Sg Kandis Shuhaimi Shafiei hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2018

RANCANGAN Pakatan Harapan untuk membawa “pemimpin utama” seperti ketua umum PKR Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Sungai Kandis petanda parti itu terdesak, kata calon Barisan Nasional, Lokman Adam hari ini. 

“Saya gembira mereka hantar Anwar untuk berkempen di sini. Ia menunjukkan mereka tidak yakin untuk memenangi pilihan raya kecil,” kata Lokman pada sidang media di Kota Raja hari ini. 

“Tapi jangan harap (Perdana Menteri) Dr Mahathir Mohamad untuk datang, ” kata ahli Majlis Tertinggi itu. 

Sepuluh hari tempoh berkempen, Anwar dijangka hadir ini bagi memberi sokongan kepada calon PKR, Zawawi Ahmad Mughni, seorang pemimpin masyarakat dan tokoh agama popular. Hari mengundi bagi pilihan raya itu adalah Sabtu ini. 

Jadual yang dihantar setiap hari oleh pasukan media PKR menyatakan pemimpin berusia 70 tahun itu turut dijadualkan mengadakan lawatan ke kediaman bekas Adun Shuhaimi Shafiei hari ini diikuti dengan dua sesi ceramah di Kg Jawa dan Jalan Kebum malam ini. 

Jadual tidak rasmi yang tersebar turut menyatakan Dr Mahathir dan beberapa pemimpin PH lain seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dari DAP, serta Pengerusi Amanah Mohamad Sabu akan mengakhiri ceramah di Klang pada Jumaat malam. 

Lokman berkata Anwar perlu datang ke Sg Kandis untuk membantu Zawawi kerana terdapat “puak” dalaman parti yang tidak mahu tokoh agama tempatan itu menang. 

Zawawi yang merupakan anak jati Sg Kandis dipilih oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail manakal PKR Selangor pada mulanya mahu salah seroang daripada tiga berkenaan - bekas Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari, penyelaras Kota Damansara Mohd Razlan Jalaluddin dan naib pengerusi biro integrasi PKR Selangor Mikael Ishkandaar Abdullah. 

Pilihan raya kecil Sg Kandis diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Shuhaimi pada 2 Julai lalu. Pengundi akan membuang undi pada Sabtu ini dalam pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan calon bebas K. Murthy. 

PH kini mempunyai 51 daripada 56 kerusi di DUN Selangor manakala BN mempunyai empat dan PAS satu. – 31 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen