
RANG Undang-undang (RUU) Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 2018 dibentangkan bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Pemansuhan RUU Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2018 juga dibentangkan untuk bacaan pertama oleh Kementerian Kewangan.
RUU itu disenaraikan pada kedudukan pertama dalam kertas aturan urusan mesyuarat di Parlimen hari ini.
RUU lain yang akan dibentangkan oleh kerajaan ialah RUU Kastam (Pindaan) 2018 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018.
Pada 16 Julai, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan SST akan ditetapkan pada 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan.
Lim berkata SST itu, bersama kenaikan harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan, akan membawa tambahan pendapatan RM14.4 bilion untuk kerajaan menampung kerugian RM21 bilion daripada kadar sifar GST dari 1 Jun.
Menggantikan GST yang tidak popular dengan SST adalah antara janji Pakatan Harapan kepada rakyat dalam manifesto pilihan rayanya. – 31 Julai, 2018.
Komen