Hak asasi, royalti minyak bangkitkan isu autonomi di Sarawak


Bede Hong

SELEPAS 44 tahun British memberikan Sarawak hak untuk memerintah hari ini, kumpulan pro-autonomi menghidupkan semula demonstrasi terhadap apa yang mereka lihat sebagai penghakisan hak negeri daripada kerajaan persekutuan. Dan seperti biasa, protes sebegini tidak menampakkan perubahan ketara.

Namun di sebaliknya, suara-suara autonomi yang lebih besar mula meningkat ketara, dengan gerakan pro-autonomi mengambil langkah sejak beberapa tahun lalu di Sarawak. Peguam kini dengan agresifnya memajukan referendum kepada rakyat Sarawak untuk menyokong cadangan itu.

Pada 12 Mei, gerakan pro-autonomi hampir mencapai impian mereka apabila ahli dewan undangan negeri PKR Batu Lintang See Chee How membawa usul berkaitan autonomi pada sidang dun. Bagaimanapun, usul itu dibangkang pemimpin BN negeri.

Sekiranya usul 26 muka surat itu diluluskan, ia akan membenarkan mana-mana rakyat atau kumpulan memulakan petisyen dan bentangkannya di sidang dun. Pencadang mempunyai enam bulan untuk mengumpul tandatangan sebagai sokongan terhadap referendum itu. Untuk memulakan referendum, sekurang-kurangan 10% sokongan populasi diperlukan untuk menyokongnya. Sarawak mempunyai populasi pengundi satu juta. Bagaimanapun kerajaan tidak secara sah untuk menerima atau mengikut keputusan referendum.

Walaupun usul awal ditolak, aktivis Sarawak masih meneruskan untuk mengadakan referendum di mana kata mereka ia adalah permulaan kepada autonomi.

Ketua kumpulan Sarawak-For-Sarawakians (S4S) Max Lee percaya referendum itu akan membenarkan “rakyat menjadi pemimpin sebenar”.

“Ia adalah cara untuk kita mencapai autonomi dan mengawal kehidupan kita. Banyak isu di mana pihak berkuasa pemerintah lambat bertindak terhadap kemahuan rakyat.

“Apabila kerajaan dipilih, rakyat tidak boleh berbuat apa-apa hanya menunggu lima tahun sekiranya mereka tidak gembira dengan kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Semangat aktivitis ini dipacu pertikaian membabitkan hak adat asli, royalti minyak dan kerajan persekutuan menghormati Perjanjian Malaysia 1963, yang mengiktiraf Sarawak memiliki kuasa terhadap beberapa hak autonomi.

Penghakisan hak

Pada Disember, Mahkamah Persekutuan memutuskan adat “pemakai menoa” dan “pulau galau” tidak diktiraf undang-undang di Sarawak sekaigus mengetepikan akta tanah negeri yang dikenali sebagai hak adat asli (NCR). Keputusan itu dilihat kebanyakan aktivis hak asli sebagai penghakisan hak.

Satu lagi persoalan berpunca daripada pindaan kepada Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 yang menetapkan royalti minyak dan gas pada 5% untuk Sarawak dan Sabah

Aktivis hak asasi manusia dan jurucakap S4S, Peter John Jaban berkata pergerakan autonomi menyuarakan rasa tidak puas hati selama beberapa dekad bahawa kerajaan persekutuan tidak adil dengan rakyat Sarawak dalam semua perkara.

“Rakyat Sarawak berasa lebih tertindas,” katanya.

Lee  daripada S4S berkata gerakan autonomi memberi keutamaan di atas segala pemulihan Perjanjian Malaysia 1963, di mana Sarawak diiktiraf sebagai salah satu daripada empat “kuasa

Permintaan autonomi lain adalah pengiktirafan Sarawak tiada agama rasmi, yang merupakan kuota tertinggi bagi pengambilan penjawat awam di Sarawak, hak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran, agihan cukai dan peratusan royalti minyak yang lebih tinggi, kata Lee.

Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani United Kingdom dan Ireland Utara, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Perjanjian ini memberikan autonomi Sabah dan Sarawak dalam bidang tertentu, termasuk hak untuk tidak memiliki agama rasmi negara dan mempunyai bahasa rasmi. Ia juga memberikan autonomi dua negeri dalam imigresen dan kerajaan tempatan, untuk “Borneanisasi” perkhidmatan awam, tarif, dan hak undang-undang khusus untuk kaum pribumi.

Bagaimanapun, pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada 1976 di Parlimen mengurangkan status Sarawak daripada kuasa wilayah kepada satu daripada 13 negeri persekutuan.

Jurucakap S4S Jong Kim Joon berkata kumpulan itu akan terus mencari sokongan untuk mengusulkan satu lagi referendum dan berkata negeri tidak boleh mempercayai ahli politik daripada semenanjung, tidak kira daripada pembangkang mahupun kerajaan.

“Sekiranya benar berlaku pertukaran kerajaan, ia mungkin hanya akan memberi kelebihan kepada orang Malaya,” kata Joon menggunakan terma akronim untuk Malaysia Barat.

“Kita tidak mahu hilang segala-galanya ketika diperintah parti politik Malaya dalam apa juga hal,” kata Jong. – 22 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen