Waris MH370 harap kerajaan teruskan pencarian


Chan Kok Leong

Grace Nathan (tengah), yang ibunya, Daisy, antara 239 penumpang dan anak kapal MH370 berkata keluarga masih mengharapkan kerajaan akan berkata yang pencarian masih belum berakhir serta berminat dengan tawaran 'No-cure, No-fee'. – Gambar EPA, 30 Julai, 2018.

PERSOALAN mengenai pesawat MH370 masih belum terjawab meskipun sudah empat tahun setengah sudah berlalu sejak ia hilang pada 8 Mac 2014.

Namun, walaupun jawapan yang diterima masih sukar untuk difahami, beberapa ahli keluarga penumpang berasa lega kerana ia bukan laporan “akhir” mengenai MH370.

“Pasukan penyiasat berkata ia bukanlah laporan akhir dan kami berterima kasih kepada mereka,” kata Grace Nathan, yang ibunya, Daisy, antara 239 penumpang dan anak kapal MH370 malam itu.

Bagaimanapun, ahli keluarga kecewa kerana tidak diberi sebarang jawapan mengenai masa depan bagi sebarang usaha mencari pesawat berkenaan.

Menurut Grace, ahli keluarga juga bimbang “serpihan lain” yang dilaporkan ditemui di Madagascar tidak diambil dan siapakah yang bertanggungjawab jika muncul bukti baharu.

“Kami juga ingin tahu mengenai pilihan yang ada untuk sebarang operasi mencari jika ada tawaran ‘No-cure, No-fee’, kerana kami masih mahu pencarian diteruskan dan pesawat itu dijumpai,” tambahnya.

Beliau berkata semua keluarga masih mengharapkan kerajaan akan berkata yang pencarian masih belum berakhir serta berminat dengan tawaran “No-cure, No-fee” itu. – 30 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen