Ahli Parlimen dakwa pelajar dipaksa bogel dalam temuduga sekolah tentera


Looi Sue-Chern

Perkara itu didedahkan melalui surat yang dihantar seorang pelajar kepada exco pelaksanaan syariah, pendidikan dan pengajian tinggi Terengganu di mana pelajar itu juga mendakwa prosedur berkenaan diamalkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja. – Gambar Wikipedia, 30 Julai, 2018.

SEORANG ahli Parlimen dari Terengganu mendakwa pelajar yang ditemuduga untuk memasuki sekolah tentera dipaksa menjalani prosedur yang memalukan dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) mendakwa pelajar yang ditemuduga terpaksa menjalani prosedur yang memerlukan mereka berbogel, termasuk di depan kakitangan perubatan wnaita.

Menurut Wan Hassan, perkara itu didedahkan melalui surat yang dihantar kepada exco pelaksanaan syariah, pendidikan dan pengajian tinggi Terengganu oleh seorang pelajar yang tidak berpuas hati pada akhir bulan lepas.

Beliau berkata pelajar tersebut menyatakan bahawa prosedur berkenaan diamalkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Maktab Tentera Diraja.

“Graduan tidak berpuas hati dengan prosedur temuduga, mendakwa mereka diaibkan dan ia bertentangan dengan ajaran Islam dan masyarakat timur, termasuk Melayu dan kaum lain,” kata Wan Hassan.

“Antara yang termasuk dalam prosedur itu ialah berbogel secara berkumpulan, malah di depan kakitangan perubatan wanita. Pelajar yang ditemuduga perlu mengambil bahagian dalam aktiviti seperti tekan tubi, melompat dan lain-lain lagi yang tak patut disebut di sini.

“Perkara sama juga dikatakan berlaku dalam tentera di mana (kakitangan) disentuh oeh kakitangan perubatan wanita,” katanya dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong. – 30 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen