Laporan MH370 cadang sistem pengesan pesawat MAS dinaik taraf


Chan Kok Leong

Laporan Siasatan Keselamatan MH370 yang dikeluarkan hari ini mencadangkan MAS menambahbaik sistem pelaporan kesihatan kakitangan, sistem pengesan pesawat dan sistem saringan kargo susulan tragedi kehilangan MH370 yang masih misteri sehingga kini. – Gambar AFP, 30 Julai, 2018.

MALAYSIA Airlines Berhad (MAS) perlu menaik taraf “Flight Following System” atau “Flight Explorer” kepada sistem penjejak global berdasarkan masa sebenar, kata Laporan Siasatan Keselamatan MH370.

Cadangan itu adalah salah satu daripada lapan cadangan dibuat kepada MAS dalam laporan akhir setebal 449 muka surat dikeluarkan Putrajaya hari ini.

Cadangan lain termasuklah memastikan krew penerbangan melaporkan penyakit kronik kepada syarikat, rekod perubatan krew perlu melibatkan penilaian klinik panel berbeza dan semakan semula sistem pelaporan kesihatan anak kapal dan keadaan pesawat jika ia menjadi faktor yang boleh menjejaskan keselamatan operasi penerbangan.

Laporan juga mencadangkan syarikat memastikan kakitangan yang mengendalikan sistem pemantauan penerbangan mendapat latihan secukupnya.

MAS juga dicadangkan memperkenalkan langkah keselamatan terbaru untuk saringan kargo dan membangunkan “Quick Reference for its Operations Control Center” untuk berdepan situasi luar jangka. 

Cadangan terhadap MAS itu adalah antara 19 cadangan dibuat kepada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Malaysia Airports Holdings Bhd dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa. – 30 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen